Tips Perisian MapInfo Professional

 

 

1.0  Sistem Rujukan Peta

 

Adalah penting untuk kita memahami secara asas berkaitan sistem rujukan kordinat bagi suatu lapisan peta. Setiap negara mempunyai sistem rujukan kordinatnya tersendiri. Malaysia misalnya menggunakan sistem rujukan kordinat Cassini Soldner dan RSO untuk kerja-kerja pengukuran hakmilik negeri-negeri dan pemetaan negara keseluruhannya.

 

Sekiranya pembangunan data GIS melibatkan kawasan yang lebih luas seperti melangkaui sempadan negara lain, penggunaan sistem kordinat sejagat (universal) seperti WGS84 dalam bentuk longitude dan latitude perlulah digunakan.

 

Pembaca boleh mendapatkan pelbagai contoh sistem rujukan kordinat dengan merujuk kepada fail mapinfow.prj yang boleh diperolehi daripada direktori ..\Mapinfo\Professional. Gunakan perisian Notepad untuk membuka dan melihat kandungan fail mapinfow.prj tersebut.

 

 

1.1  Mengenalpasti Sistem Rujukan Kordinat Lapisan Peta

Perisian MapInfo Professional, memberi kemudahan kepada pembaca mengenalpasti sistem rujukan kordinat bagi suatu lapisan peta dengan menggunakan fungsi menu MapčOptions..čProjection..

 

Sebelum menggunakan menu tersebut, pembaca perlu terlebih dahulu membuka dan memaparkan lapisan peta yang berkaitan dengan menggunakan menu Open

 

Kaedah Perlaksanaan :

i.           Buka dan paparkan fail lapisan Lot_Perumahan dengan menggunakan menu File č Open..

ii.          Klik pada menu Map č View Entire Layer untuk mengeluarkan dialog box View Entire Layer.  Klik Ok pada dialog box View Entire Layer untuk memaparkan seluruh lapisan Lot_Perumahan tersebut.

 

Dialog Box View Entire Layer

 

iii. Setelah lapisan Lot_Perumahan dipaparkan pada Map Window, klik menu MapčOptions.. untuk mengeluarkan dialog box Map Options seperti dipaparkan di bawah.

 

 

 

                    

 

Dialog Box Map Options

 

 

iv.  Klik pada butang  Projection.. pada dialog box Map Options tersebut. Hasilnya ialah paparan dialog box Choose Projection. 

 

Berdasarkan kepada dialog box ini didapati bahawa sistem rujukan kordinat bagi lapisan Lot_Perumahan ialah dalam kordinat Malaysia State Cassini-Solder Pahang.

 

1.2  Memaparkan Nilai Kordinat Peta

Nilai-nilai kordinat X dan Y boleh dilihat ditepi sebelah bawah kiri pada Map Window.

  

 

Klik pada bahagian penjuru sebelah kiri tersebut dan pilih Cursor Location. Pembaca dapat melihat perubahan pada nilai kordinat X dan kordinat Y dengan mengerakkan tetikus  pada mana-mana bahagian Map Windows tersebut.

 

1.3  Petukaran Kordinat Dari Cassini Kepada RSO Dan Sebaliknya

Paparan lapisan peta dalam sistem rujukan Cassini boleh ditukar dengan mudah kepada sistem rujukan RSO atau kepada lain-lain sistem rujukan kordinat dengan menggunakan perisian MapInfo Professional.

 

Kaedah Perlaksanaan :

Sebagai contoh, pembaca boleh membuat pertukaran kordinat dari Casini-Soldner Pahang kepada sistem rujukan kordinat RSO Semenanjung Malaysia menerusi langkah-langkah seperti berikut :

 

i.         Paparkan lapisan peta Lot_Perumahan dan dapatkan dialog box Choose Projection seperti dinyatakan dalam perkara 1.1 di atas.  Menerusi paparan dialog box ini, pembaca dapati bahawa sistem rujukan yang dipaparkan adalah dalam kategori Malaysia State Cassini-Solder bagi negeri Pahang.

 

ii.       Isikan ruangan Category dengan Malaysia RSO Projection dan ruangan Category Members dengan RSO Peninsular Malaysia seperti dipaparkan di bawah.

 

 

 

Seterusnya klik butang OK.

 

 

iii.       Paparkan dialog box Map Option dengan menggunakan menu MapčOptions..

   ;   Buat perubahan pada ruangan Map Units dengan Coordinate Units dan Distance Units sebagai meter dan Area Units dengan square meters dalam dialog box Map Options .

 

Dialog Box Map Options

 

    Klik butang OK pada dialog box tersebut.

 

iv.  Klik pada bahagian penjuru sebelah kiri pada dan pilih Cursor Location. Pembaca dapat melihat perubahan pada nilai kordinat X dan kordinat Y dengan mengerakkan tetikus pada Map Window. Nilai-nilai kordinat yang dipaparkan tersebut adalah dalam sistem kordinat RSO Semenanjung Malaysia.

 

1.4   Memaparkan Parameter Sistem Rujukan Kordinat

Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan parameter ini pembaca juga boleh mendapatkan fail *.prj bagi lapisan peta yang berkenaan dengan menggunakan menu Tools čUniversal Translator.

 

 

 

Kaedah Perlaksanaan :

i.       Klik  menu Tools čUniversal Translator. Hasilnya dialog box Universal Translator dipaparkan seperti di bawah.

 

ii.       Buat pilihan dan setkan ruangan Source dan ruangan Destination seperti contoh di bawah.

             Seterusnya, klik OK.

 

iv.                  Perisian akan melaksanakan proses pertukaran format data MapInfo  (*.tab) kepada format shape file (*.shp) sehingga selesai dengan paparan dialog box Information seperti di bawah.

 

Proses ini akan menghasilkan satu fail Lot_Perumahan_region.prj.

 

 

 

v.       Paparkan fail Lot_Perumahan_region.prj tersebut dengan menggunakan perisian Notepad dengan menggunakan fungsi File č Open seperti ditunjukkan di bawah.

         

 

Hasilnya ialah pembaca akan memperolehi senarai parameter bagi lapisan peta Lot_Perumahan.

 

1.5  Pertukaran Nilai Parameter ”Non-Earth” Kepada ”RSO”

 

Seringkali timbul masalah apabila kita cuba untuk memaparkan dua atau lebih lapisan peta dalam satu Map Window bagi data yang menggunakan sistem rujukan kordinat “non-earth”  dengan lapisan peta lain yang mempunyai sistem rujukan kordinat (Cassini, RSO atau lain-lain).

 

Kaedah pertukaran sistem rujukan kordinat seperti dinyatakan dalam topik 1.3 di atas tidak boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

 

Ia boleh diatasi dengan menukarkan nilai parameter “non-earth” kepada parameter Cassini atau RSO iaitu menggunakan fungsi menu Table č Export.

 

Sebelum menggunakan kaedah ini pembaca perlu mengenalpasti terlebih dahulu sistem rujukan kordinat bagi lapisan peta yang berkenaan.


 

Kaedah Perlaksanaan :

Proses petukaran parameter sistem rujukan daripada “non-earth” kepada “RSO Peninsular Malaysia”  adalah seperti berikut :

 

i.            Buka dan paparkan fail lapisan peta Sungai dengan menggunakan menu File č Open..

ii.            Klik pada menu Map č View Entire Layer untuk mengeluarkan dialog box View Entire Layer.  Klik Ok pada dialog box View Entire Layer untuk memaparkan seluruh lapisan peta Sungai tersebut. Hasilnya adalah seperti paparan di bawah.

 

iii.    Sila rujuk topik 1.1 Mengenalpasti Sistem Rujukan Kordinat Lapisan Peta  dan topik 1.2 Memaparkan Nilai Kordinat Peta untuk mengenalpasti sistem rujukan dan nilai kordinat bagi lapisan peta Sungai di atas.

 

Sebagai contoh lapisan peta Sungai dipaparkan di bawah adalah berdasarkan kordinat RSO dengan Sistem Rujukan “Non-Earth” .

 

 

 

 

Untuk memaparkan dialog box Map Options klik pada menu

Mapč Options.. č Projection..

 

       

 

 

 

    Sistem Rujukan Non-Earth

  

iv.Mengeksport fail format *.tab kepada *.mif

Klik pada menu Table dan sub menu Export dan hasilnya ialah dialog box Export Table to file seperti paparan di bawah.

 

Namakan lapisan peta tersebut dalam ruangan File name dengan sungai_mif dan gunakan default ruangan Save as type dengan MapInfo Interchange (*mif) .

Seterusnya klik butang Save. 

Hasilnya ialah satu fail dalam format Sungai_mif diperolehi.

 

Gunakan Perisian NotePad

v.     Buka kandungan fail format sungai_mif tersebut dengan menggunakan perisian Notepad.

 

vi.             Gantikan nilai parameter “non-earth” di atas dengan nilai parameter sistem rujukan RSO Semenanjung Malaysia bagi fail sungai_mif tersebut. Nilai parameter boleh diperolehi dengan merujuk kepada topik 1.4 tetapi dengan menggunakan lapisan peta Spdn_Pentadbiran.

 

vii.           Masih lagi menggunakan perisian NotePad, gantikan parameter Non-Earth dengan dengan RSO tersebut. Klik menu File č Save dan simpan fail sungai_mif.mif .

 

viii.     Gunakan perisian Mapinfo Professional, klik pada menu Table č Import..

Pilih fail sungai_mif dan klik butang Open pada dialog box Import File .


 

                             Dialog Box Import File

 

Sebaik sahaja butang Open diklik, dialog box Import into Table dipaparkan seperti di  bawah.

                                        Dialog Box Import into Table

viii.  Pembaca boleh menggunakan nama fail yang sama atau memberikan nama baru sebagai contoh Sungai_RSO kepada fail tersebut di dalam ruangan File Name tersebut.

 

Seterusnya klik butang SAVE.

 

Kini pembaca telah berjaya menghasilkan satu fail baru hasil dari proses pertukaran sistem rujukan “non-earth” kepada sistem rujukan RSO Semenanjung Malaysia.

 

Buka dan paparkan fail Sungai_RSO dan semak sistem unjuran kordinat fail tersebut dengan menggunakan menu Map č Option č Projection.. dimana hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.

 

 


 

 

Tips di atas dipetik daripada buku Penggunaan Perisian MapInfo Professional Dalam Kerja-kerja Pembangunan Data GIS

 

 

Tajuk Buku :

Penggunaan Perisian MapInfo Professional Dalam Kerja-kerja Pembangunan Data GIS

 

Saiz Buku : A4

Jumlah Mukasurat : 156

Contoh Data Disertakan Bersama Buku Ini.

 

Detail >KLIK DI SINI<

 

 

 

 

Untuk Tempahan >Klik Disini<

 

Email : admin@gotogis.com

 

SMS :0197263418 (sms sahaja)