Belajar GIS Dalam Talian

Modul E-Book

Modul Asas

e-book Cara Mudah Menguasai MapInfo Professional

Bahan rujukan ini mendedahkan pembaca dengan fungsi-fungsi asas perisian Mapinfo Professional. Setelah menguasai fungsi-fungsi asas ini pembaca didedahkan pula dengan kaedah pembangunan data GIS yang meliputi kerja-kerja pendaftaran kordinat peta, pendigitan peta dan seterusnya kepada kerja-kerja kemasukan data atribut.

Disamping itu, topik Pencetakan Peta membolehkan pembaca membina susunatur peta bagi keperluan cetakan.

Bahan rujukan ini menyenaraikan prosidur terperinci yang dapat membantu pembaca melaksanakan sendiri kerja-kerja pembangunan dan pengemaskinian data GIS di organisasi masing-masing.

 

Modul Pertengahan

e-book Tips Penggunaan Perisian MapInfo Professional

Bahan rujukan ini menyenaraikan tips-tips yang boleh digunakan oleh pembaca bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembangunan dan pengemaskinian data GIS.

Ianya mengandungi teknik mudah dalam menggunakan perisian MapInfo Professional yang antaranya meliputi topik-topik seperti Paparan Peta Dan Jadual Atribut, Manipulasi Data Atribut, Manipulasi Data Peta/Grafik, Kordinat Peta, Petukaran Data dan Pengiraan Luas Dan Jarak .

 

Melalui pembelajaran dalam talian dan bahan rujukan yang disediakan, penulis yakin pembaca dapat menguasi perisian GIS ini dalam masa yang singkat. Kandungan bahan rujukan ini juga akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada topik-topik seperti dinyatakan di atas.

Semoga berjaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelebihan Belajar GIS Dalam Talian :

 Mempelajari Perisian GIS mengikut kesesuaian atau kelapangan masa yang ada.

 Ianya fokus bagi melahirkan pembaca yang dapat menguasai Perisian MapInfo untuk membolehkan mereka melaksanakan sendiri kerja-kerja pembangunan data GIS berdasarkan kepada bahan rujukan yang disediakan.

 Kos latihan yang minimum

 Jimat masa dan lain-lain kos sampingan seperti kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum yang biasanya ditanggung oleh pembaca apabila mengikuti sesuatu kursus secara bersemuka dengan tenaga pengajar.

 Kandungan maklumat berkaitan perisian MapInfo sentiasa dikemaskini bagi kemudahan pembaca untuk mempelajari dan menguasai perisian ini.

 Maklumat boleh dicapai dengan mudah oleh pembaca pada bila-bila masa melalui kemudahan internet.

 Pembaca boleh membuat pilihan modul latihan yang sesuai berdasarkan senarai produk yang ditawarkan.

 Pembaca juga boleh berintraksi dengan penulis bagi mendapatkan pandangan atau persoalan berkaitan penggunaan perisian MapInfo khususnya berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan data GIS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk menguasai perisian MapInfo Professional, pembaca hanya perlu mengikuti setiap prosidur kerja yang disenaraikan dalam bahan rujukan ini. Contoh data akan dibekalkan kepada pembaca yang menjadi ahli E-Book (Full Version)

 

Pembaca boleh memaparkan versi E-Book (Demo Version) untuk mendapatkan contoh e-book dan isi kandungannya. Untuk E-Book (demo), fungsi cetakan dan popup imej tidak diaktifkan.

 

Setelah menjadi ahli E-Book (Full Version), pembaca diberi kemudahan untuk mencapai kedua-dua modul e-book iaitu Modul Asas dan Modul Pertengahan. Fungsi- fungsi cetakan dan popup imej diaktifkan bagi E-Book (Full Version) bagi membolehkan pembaca memaparkan grafik dalam bentuk popup dan mencetak maklumat yang ada.

 

Jadi Ahli E-Book (Full Version) dapat

Modul Asas + Modul Pertengahan

 

Untuk menjadi ahli E-Book (Full Version) ==> Klik DISINI