Belajar GIS Dalam Talian

Kenapa MapInfo Professional?

Kini terdapat perbagai perisian GIS dipasaran dan digunakan secara meluas oleh pelajar, agensi kerajaan dan swasta di negara kita.

Di antara perisian yang sering digunakan dalam kerja-kerja pembangunan data dan sistem aplikasi GIS ialah  perisian MapInfo Professional.

Sudah tentunya perisian ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perisian-perisian GIS yang ada di pasaran kini.

Perisian ini agak mudah dipelajari, stabil dan harganya adalah berpatutan sesuai dengan keupayaannya bagi menyediakan pangkalan data GIS dan pengeluaran maklumat geografi dalam bentuk cetakan atau digital.

Perkembangan terbaru perisian ini ialah pengguna yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan visual basic.net atau visual studio.net boleh membangunkan aplikasi GIS (web/internet base) dengan fungsi-fungsi operasi MapInfo Professional.