Belajar GIS Dalam Talian

Belajar GIS Dalam Talian

Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca khususnya kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari perisian MapInfo Professional secara Belajar GIS Dalam Talian.

Kos latihan untuk mempelajari sesebuah perisian secara sepenuh masa (3-4 hari) iaitu bersemuka secara fizikal dengan tenaga pengajarnya sekurang-kurang memerlukan RM600.00 - RM1500.00 per peserta. Ianya mungkin lebih tinggi daripada kos ini.

Belajar GIS Dalam Talian memberi kemudahan kepada pembaca untuk mempelajari perisian MapInfo Professional pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Bagi pembaca yang baru mengenali perisian MapInfo Professional, adalah disarankan agar pembaca mendapatkan e-book Cara Mudah Menguasai MapInfo Professional.

Jika pembaca telah mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam menggunakan perisian MapInfo Professional, tips-tips dalam e-book Tips Penggunaan Perisian MapInfo Professional dapat membantu pembaca menyelesaikan isu-isu berkaitan penyediaan data GIS menggunakan perisian ini.

Pembaca juga boleh mendapatkan buku dalam bentuk cetakan (hardcopy) bertajuk Penggunaan Perisian MapInfo Professional Dalam Kerja-kerja Pembangunan Data GIS yang sesuai digunakan sebagai bahan rujukan awal bagi mengenali perisian MapInfo Professional khususnya dalam kerja-kerja penyediaan data GIS.

Melalui pembelajaran dalam talian dan bahan rujukan yang disediakan, penulis yakin pembaca dapat menguasi perisian GIS ini dalam masa yang singkat.

Semoga berjaya.

entermap@gotogis.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenapa saya perlu mempelajari Perisian GIS ?

 Ilmu Pengetahuan

 Kemajuan Kerjaya

 Meningkat Produktiviti Organisasi

 Sumber Pendapatan Sampingan

 Kerjaya dalam GIS

 

Pembaca perlu mempelajari perisian GIS bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan cuba untuk menguasai perisian tersebut dengan sebaiknya. Pembaca seterusnya perlu menggunakan perisian ini dalam kerja-kerja seharian sebagai suatu amalan.

 

Kemahiran pembaca menggunakan perisian ini akan memberi kesan kepada produktiviti kerja individu dan organisasi dan seterusnya menambah mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

 

Sistem GIS telah terbukti dapat membantu menyimpan, memproses dan menyalurkan dan memaparkan maklumat untuk keperluan sesebuah organasisi. Penerapan Sistem GIS dapat membantu dan memudahkan para pengurus mengambil tindakan dan keputusan berkaitan sesuatu isu atau permasalahan berdasarkan maklumat yang dijana melalui sistem GIS yang dibangunkan.

 

Pembaca sebagai seorang pekerja atau kakitangan yang mahir menggunakan perisian GIS merupakan asset yang berharga kepada organisasi. Pembaca yang menguasai perisian GIS dan memperkenalkan suatu penyelesaian dengan pendekatan GIS dan apabila ianya terbukti berjaya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan keuntungan kepada syarikat tentunya berpeluang mendapat ganjaran kerjaya yang lebih cemerlang di masa hadapan sama sama ada di organisasi tempat pembaca bekerja atau organisasi luar yang akan melamar pembaca dengan pendapatan yang berlipat ganda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelebihan Belajar GIS Dalam Talian :

 Mempelajari Perisian GIS mengikut kesesuaian atau kelapangan masa yang ada.

 Ianya fokus bagi melahirkan pembaca yang dapat menguasai Perisian MapInfo untuk membolehkan mereka melaksanakan sendiri kerja-kerja pembangunan data GIS berdasarkan kepada bahan rujukan yang disediakan.

 Kos latihan yang minimum

 Jimat masa dan lain-lain kos sampingan seperti kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum yang biasanya ditanggung oleh pembaca apabila mengikuti sesuatu kursus secara bersemuka dengan tenaga pengajar.

 Kandungan maklumat berkaitan perisian MapInfo sentiasa dikemaskini bagi kemudahan pembaca untuk mempelajari dan menguasai perisian ini.

 Maklumat boleh dicapai dengan mudah oleh pembaca pada bila-bila masa melalui kemudahan internet.

 Pembaca boleh membuat pilihan modul latihan yang sesuai berdasarkan senarai produk yang ditawarkan.

 Pembaca juga boleh berintraksi dengan penulis bagi mendapatkan pandangan atau persoalan berkaitan penggunaan perisian MapInfo khususnya berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan data GIS.