|
2.0 Keperluan
Asas Dalam Mempelajari MapBasic |
|
Adalah penting untuk pembaca menguasai
atau memahirkan diri dengan perisian MapInfo Professional terlebih dahulu
sebelum berhasrat untuk belajar perisian pengaturcaraan MapBasic ini. Pada asasnya pengaturcaraan MapBasic
membolehkan pembaca menggunakan keupayaan
perisian MapInfo Professional sedia ada kepada satu bentuk persembahan
antaramuka (interface) yang lebih baik dan mesra pengguna. Ini boleh dilaksanakan dengan merekabentuk
dan membangunkan suatu modul/fungsi aplikasi khusus seperti untuk tujuan
login dan password, kemasukan data, carian maklumat (search), object
manipulation, analisa, pembinaan layout untuk tujuan pencetakan dan
lain-lain. |