Pemilihan Perisian GIS
Salah satu aspek yang perlu
diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan dapat memenuhi
keperluan organisasi terbabit. Pengguna perlu membuat kajian dan memahami akan
kemampuan perisian yang dipilih oleh mereka. Permilihan perisan juga perlu
mengambilkira kepakaran kakitangan sedia ada di agensi masing-masing disamping
latarbelakang dan pengalaman penggunaan perisian tersebut oleh agensi-agensi
lain yang terlibat dalam pembangunan pangkalan data GIS. Ini bagi memudahkan
proses integrasi dan perkongisan maklumat geospatial di antara satu sama lain.