Pembangunan Dan Pengemaskinian Data GIS
Aspek pembangunan data
perlu melihat kepada sumber pangkalan data GIS sedia ada. Kos pembangunan data
dapat dikurangkan kerana sebahagian daripada lapisan data GIS yang dikehendaki telah
dibangunkan oleh agensi tertentu. Pembelian data digital daripada agensi
terbabit adalah jalan terbaik untuk menjimatkan kos pembangunan data. Namun
begitu, aspek kejituan data yang dihasilkan oleh agensi terbabit perlu
diambilkira dan mestilah dapat memenuhi standard maklumat geospatial yang
dikehendaki.
Pelaksanaan pembangunan dan
pengemaskinian data GIS perlulah dilaksanakan secara berterusan. Kakitangan
organisasi perlu diberi latihan secukupnya bagi membolehkan mereka melaksanakan
sendiri kerja-kerja pengemaskinian data GIS. Ini boleh dilaksanakan apabila
kakitangan yang khusus bertanggungjawab bagi kerja-kerja pengemaskinian data
dilantik oleh organisasi terbabit.