Secara umumnya sumber
data GIS dikategorikan kepada
dua kumpulan utama iaitu data spatial dan data non-spatial.
Data spatial pula boleh
dibahagikan kepada bentuk raster dan vektor. Data vektor
boleh diperolehi dengan cara
ukuran di lapangan atau melalui
proses pembangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Juga seperti data vektor, data raster diperolehi secara terus melalui
proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan remote sensing.
|
Sumber Data Spatial |
|
|
Raster |
Vektor |
|
§
Imej remote sensing (QuickBird,
Spot, Landsat, IKONOS) §
Fotoudara digital §
Data kadaster dan topografi dalam format imej/raster §
Pelan-pelan perancangan seperti rancangan struktur dan tempatan dalam format imej/raster |
§
Data-data cerapan GPS §
Data kerja ukur dipadang/lapangan menggunakan
total station §
Data Topografi, kadaster
dan pelan-pelan perancangan (selepas proses pendigitan) |
Data non-spatial pula terdiri daripada sumber data berbentuk jadual/atribut yang terdiri daripada pelbagai format data sama
ada berbentuk cetakan (hardcopy) atau digital. Data-data mengandungi senarai
maklumat seperti maklumat hartanah, penilaian, banci penduduk, pendidikan dan lain-lain. Data-data ini disimpan dan
diuruskan dengan menggunakan teknologi perisian pangkalan data seperti ORACLE, SYBASE, ACCESS, MYSQL dan
sebagainya.
GIS berupaya untuk mengabungkan kedua-dua bentuk data spatial dan non-spatial ini untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang lebih baik, terperinci
dan mudah difahami.
Apakah yang dimaksudkan
dengan data spatial ?.
Secara umumnya
data spatial adalah merujuk
kepada ciri-ciri lokasi atau kedudukan
sesuatu objek dalam ruangan tertentu
dimana kejituannya atau ketepatan perletakan objek-objek tersebut di antara
satu sama
lain adalah ditentukan berdasarkan kepada prosidur cerapan data dilapangan.
Melalui aktiviti pemprosesan data dan objek-objek tersebut digambarkan atau diterjemahkan dalam bentuk simbol dan
warna tertentu. Ia mungkin dipersembahkan sama ada dalam
bentuk cetakan atau digital (softcopy).
Sumber data spatial yang utama lazimnya merujuk kepada helaian peta atau
pelan yang dihasilkan melalui kaedah pengukuran dilapangan dan hasilnya diterjemahkan
dalam bentuk simbol dan warna
tertentu yang mudah difahami secara umumnya oleh orang
ramai atau digunapakai oleh pengamal badan-badan professional
yang berkaitan.
Kemajuan sains dan teknologi
masa kini juga telah membawa
kepada penggunaan imej satelit dan
foto udara sebagai antara sumber utama data spatial di mana ia dapat memudah dan mempercepatkan
proses pembangunan pangkalan data GIS di organisasi masing-masing.
Imej satelit dan foto udara
misalnya dapat memberikan gambaran sebenar (realiti) sesuatu objek berdasarkan
kepada nilai-nilai kedudukan objek tersebut dengan ketetapan tertentu.
Di antara sumber data
spatial yang utama adalah seperti berikut :
|
i. |
Helaian-helaian Cetakan
Peta atau Pelan |
|
|
- Pelan Gunatanah |
|
|
- Peta Topografi |
|
|
- Peta Kadaster |
|
|
- Pelan Kejuruteraan |
|
|
- Peta Mineral atu Geologi |
|
|
- Pelan Utiliti |
|
|
- Pelan Kemudahan Awam |
|
|
- Peta Jalanraya |
|
|
dsb |
|
|
|
|
ii. |
Imej Satelit (Sport, Ikonos, Landsat, QuickBird dan lain-lain) |
|
iii. |
Foto udara |
|
iv. |
Cerapan data-data GPS (Global
Positioning System) |
Apakah pula yang dimaksudkan dengan data
non-spatial?.
Secara mudahnya data
non-spatial merujuk kepada
data atribut/teks yang diperolehi
hasil daripada aktiviti merekod, kemasukan data dan penyimpanan data kedalam medium storan atau pangkalan
data tertentu yang diamalkan
oleh sesebuah organisasi. Ia mungkin
dalam bentuk digital atau cetakan.
Himpunan
data-data non-spatial yang disimpan ini jika diteliti
ternyata terdapat unsur atau ciri-ciri struktur dan kandungan datanya
yang membolehkan proses hubungkait di antara
kedua-dua bentuk sumber maklumat ini dilaksanakan.
Jika keadaan ini berlaku maka
data non-spatial tersebut boleh
memberi nilai tambah kepada data-data atribut yang sedia pada sesuatu data spatial. Sebagai contoh, maklumat yang digambarkan di atas peta
jalanraya misalnya hanya terhad kepada
data nama jalan dan lokasi-lokasi
utama dikiri kanan jalan tersebut
sahaja. Manakala simbol dan warna
garisan jalanraya yang digambarkan pula membawa maksud kepada kategori
jalan sama
ada jenis jalanraya biasa, lebuhraya atau lain-lain kategori jalanraya. Kandungan maklumat seperti ini mungkin hanya
sesuai digunakan untuk tujuan peta
panduan jalan khasnya untuk aktiviti
perlancongan.