Antara Punca Kegagalan Perlaksanaan GIS

Antara punca yang akan membawa kegagalan perlaksanaan GIS adalah tiadanya pengkhususan kerja dalam perlaksanaan Sistem GIS. Bidang tugas setiap kakitangan yang terlibat dalam perlaksanaan sistem ini perlulah jelas kerana ia melibatkan aspek pengemaskinian dan penyelanggaraan data, sistem aplikas, infrastruktur dan peralatan komputer.

 

Setiap organisasi yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu mengambilkira komponen-komponen GIS dengan sewajarnya. Kelemahan menguruskan salah satu komponen GIS tersebut akan menyebabkan proses penerapan sistem ini kedalam organisasi terbabit mungkin menemui kegagalan.