Mengenali Perisian
MapBasic
|
|
Kerana Kesombongan
|
1. Pengenalan Kepada Perisian MapBasic
2.
Memulakan Perisian MapBasic 3. Membuka Fail Baru (New File)
4. Mengujilari Kod MapBasic
|
|
Daripada Abdullah bin Mas’ud
r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Tidak
akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya
ada seberat biji sawi dari
kesombongan dan tidak akan masuk
neraka orang yang di dalam hatinya
ada seberat biji sawi dari
iman.” (Muslim dan
Ibnu Majah)
Huraian :
Sombong! Memang tidak seharusnya
kita sebagai hamba Allah SWT memiliki sifat sombong di hadapan Allah SWT kerana kita adalah
ciptaan-Nya. Sungguh tidak
ada apa-apa kehebatan pun pada kita jika hendak
dibandingkan dengan kebesaran Allah SWT. Cukuplah
seseorang itu dikatakan sombong jika menolak kebenaran dan suka merendahkan orang lain. Cerita tentang kesombongan,
takbur, selalu membanggakan diri adalah sebuah kisah yang lebih tua jika dibandingkan
dengan permulaan kehidupan manusia di muka bumi
ini. Ia
berlaku ketika Iblis enggan bersujud pada makhluk bernama Adam disebabkan rasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap
Iblis ini dengan firman-Nya: "Hai Iblis, apakah
yang menghalang mu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan. Apakah kamu menyombongkan
diri (takbur) atau kamu merasa
termasuk orang-orang yang
lebih tinggi?"
Iblis terus menjawab: “Ya Allah, aku (memang) lebih baik jika
dibandingkan dengan Adam.
Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam, Engkau ciptakan dari tanah. Mendengar jawapan
Iblis yang sombong, Allah
berfirman. "Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang
yang diusir".
Sumber : JAKIM (www.islam.gov.my) |
MapBasic merupakan perisian
pengaturcaraan yang berintraksi
secara terus dan menggunakan fungsi-fungsi pengurusan data
geospatial yang tersedia dalam
perisian MapInfo Professional.
Penulis menganggap
pembaca telah berjaya melalui proses istallasi perisian MapInfo Professional dan
MapBasic.
Untuk memaparkan perisian MapBasic, klik pada butang
MapBasic seperti paparan di bawah.
![]()
Hasilnya ialah paparan
menu pulldown yang terdiri daripada File, Edit, Search, Project, Window dan Help seperti digambarkan di bawah.

Klik pada menu File dan submenunya New File.
Hasilnya ialah paparan
Tetingkap Edit (Edit Window) dimana
kita akan
menaip kod MapBasic di atasnya.
Untuk pendedahan awal
taipkan kod seperti di bawah.
Note “My First MapBasic
Program”

Setelah selesai, namakan fail sebagai myfirstmb.mb dengan menggunakan menu File dan Save.
Seterusnya gunakan menu Project ==> Compile Current Program.
Hasilnya adalah seperti di bawah.

Satu fail baru telah dihasilkan apabila selesai proses compile tersebut iaitu myfirstmb.mbx
Ujilari fail myfirstmb.mbx dengan menggunakan menu Project ==> Run
Hasilnya ialah paparan
seperti di bawah di perolehi.

Tahniah, pembaca kini telah
berjaya mengujilari kod MapBasic. Ulangi
kaedah yang sama
seperti disenaraikan di atas untuk
mengujilari kod-kod lain
yang dikemukakan dalam topik-topik seterusnya.
|
Telah Diterbitkan
|
Untuk Tempahan
Klik ==>Disini<== Atau Dapatkan
di Kedai/Outlet Berdekatan
Hakmilik Terpelihara 2008,
www.gotogis.com