|
Pengenalan Kepada
Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sistem Maklumat
Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat. Sistem maklumat merupakan suatu alat yang digunakan bagi membantu seseorang individu dalam membuat keputusan. Manakala geografi pula adalah pengkajian terhadap bumi secara grafik dan saintifik. Salah satu
kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan
mengabungkan antara pangkalan data berbentuk reruang (spatial) dengan pangkalan data teks/atribut. Keupayaannya ini
memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami
dan terperinci kepada penggunanya. Takrif Sistem Maklumat Geografi Sistem Maklumat Geografi
(GIS) merupakan gabungan dari sistem maklumat
dan geografi (Star,
J&Estes,1990). GIS secara
praktikalnya ditakrifkan sebagai suatu set tersusun himpunan perkakasan, perisian, data geografi dan organisasi yang berfungsi dalam cara mengumpul
atau mendapatkan data mengenai geografi, memproses data tersebut bagi menghasilkan maklumat, ,menyimpan,
menyemak, membuat analisa, mengaggih dan memaparkannnya di paparan imej.
(Understanding GIS, ARC/INFO Method 6.0) Latar Belakang Sistem Maklumat Geografi Di antara faktor yang membawa kepada perkembangan GIS pada hari ini ialah
kemajuan dalam bidang grafik berkomputer dan pengurusan pangkalan data. a). Grafik Berkomputer Pembaharuan awal dalam pembinaan perisian dan perkakasan computer lebih menekankan penggunaannya dalam bidang pemprosesan data angka semata-mata. Senarai angka dan penyelesaiannya dapat difahami oleh juruteknik computer yang berkenaan. Walaubagaimana pun kehendak dan keperluan untuk melihat penyelesaian computer secara grafik menyusul terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan seni bina. Maka
wujudlah pula suatu
system yang mampu untuk membina suatu reka bentuk grafik
yang canggih. Sistem ini juga mampu
untuk menyimpan, mengubahsuai dan memaparkan rekabentuk grafik tersebut dengan mudah dan berkesan. Sistem ini dikenali
sebagai ‘Computer Aided Design’ atau
CAD. Bidang pemetaan juga tidak ketinggalan dalam arus perubahan
teknologi baru ini. Perubahan dari kaedah manual kepada kaedah computer dalam kerja-kerja pemetaan telah melahirkan satu system baru yang dikenali sebagai ‘Computer Aided Mapping’( Komponen GIS |
|
|
|
Sistem Maklumat Geografi (GIS) seperti juga sistem-sistem lain tidak boleh berdiri sendirian. Di antara komponen-komponen utama yang membawa kepada pembentukan sistem ini ialah
perkakasan komputer, perisian, data geografi dan aspek organisasi.
(Burrough 1986) i. Peralatan Komputer Terdapat tiga unsur utama bagi peralatan
komputer iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), unit paparan visual dan papan kekunci. Di samping itu
terdapat peralatan-peralatan
tambahan atau bantuan yang lain (peripheral) seperti tetikus, pendigit, pengimbas, pencetak dan sebagainya. Antara fungsi peralatan komputer ialah ia digunakan untuk menyimpan, memproses dan mempersembahkan data peta
digital. Perlaksanaan projek GIS yang merangkumi
ruang geografi yang luas memerlukan kemampuan penyimpanan data dan RAM (Random Access Memory) yang tinggi.
Ini memastikan semua data dapat disimpan, diproses dan dipanggil dengan mudah dalam masa yang singkat. ii. Perisian
Komputer Perisian komputer adalah berperanan menjalankan operasi-operasi GIS. Terdapat A. Data Input dan
pengesahan data Data yang digunakan
boleh digolongkan sama ada dalam
bentuk spatial atau
non-spatial. Data input meliputi semua aspek yang berkaitan dengan cerapan data dalam bentuk pelan dan peta data teks dan ditukarkan
kepada bentuk digital untuk disimpan dalam pangkalan data. B. Penyimpanan
data dan pengurusan pangkalan data Perkara utama yang diberi penekanan dalam proses penyimpanan data dan pengurusan pangkalan data ialah cara penstrukturan dan penyusunan data yang berkaitan dengan kedudukan, jaringan hubungan (Topologi) dan pelbagai aspek geografi syang digambarkan dalam bentuk titik, garisan dan kawasan. C. Pengeluaran
dan persembahan data Pengeluaran dan persembahan data
boleh disampaikan kepada pengguna dalam pelbagai cara dan bentuk.
Di antaranya ialah kemampuan sesuatu perisian untuk memaparkan maklumat cetakan (hard copy) dalam bentuk pelan, jadual, borang, laporan ataupun dalam bentuk digital. Penggunaan warna dan simbol yang sesuai perlulah diambil perhatian bagi menghasilkan suatu sistem paparan yang boleh menarik perhatian pengguna. Paparan maklumat (nombor dan teks)
pula perlulah disusun dan ditempatkan diruangan yang sebaik-baiknya tidak menganggu atau menutupi grafik yang berkaitan. D. Transformasi
data Transformasi data diperlukan untuk
melaraskan selisih dalam data supaya berpadanan dengan kumpulan data yang lain. Transformasi
data juga adalah berperanan untuk membolehkan dua skala lapisan grafik yang berbeza ditukarkan menjadi satu skala yang sama. E. Interaksi
dengan pengguna Penggunaan pilihan menu dengan pemakaian bahasa yang baik adalah penting
bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul dalam usahanya untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. iii.
Aspek Organisasi Kerjasama yang baik daripada setiap ahli dalam
organisasi adalah amat penting bagi memastikan pembinaan GIS dapat disiapkan dan mencapai matlamatnya. Adalah kurang bijak untuk mengharapkan pembinaan GIS siap dalam masa yang singkat dengan hanya menempatkan seseorang yang berpengetahuan mengendalikan peralatan dan perisian untuk bertindak secara bersendirian. Pembina GIS memerlukan
pekerja-pekerja teknikal,
juruanalisa sistem rangkaian, pihak pengurusan dan pengeluar peralatan dan perisian mestilah sentiasa berkerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang bakal timbul sewaktu proses pembinaan sitem GIS tersebut. Setiap organisasi
yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu
mengambilkira komponen-komponen
di atas dengan sewajarnya. Kelemahan pengurusan salah satu komponen
GIS tersebut akan menyebabkan proses penerapan sistem ini kedalam organisasi
terbabit akan terganggu. Salah satu
aspek yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan dapat memenuhi
keperluan organisasi terbabit. |