|
|||
Sistem Maklumat Geografi (GIS) |
|
||
Sistem
Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat
berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan,
penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data
berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data,
prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat. Salah
satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain
adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat
dengan mengabungkan antara pangkalan data berbentuk reruang
(spatial) dengan pangkalan data teks/atribut.
Keupayaannya ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci kepada penggunanya.
|
|||
Setiap
organisasi yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu
mengambilkira komponen-komponen di atas dengan sewajarnya. Kelemahan
pengurusan salah satu komponen GIS tersebut akan menyebabkan proses
penerapan sistem ini kedalam organisasi terbabit akan terganggu. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan organisasi terbabit.
|