Penyediaan laman web ini adalah sebahagian daripada usaha dalam menyediakan bahan rujukan dan panduan awal kepada para pembaca dalam kerja-kerja penyediaan pangkalan data dan pembangunan sistem aplikasi dengan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Ia diharap dapat membantu para pembaca khususnya bagi mereka yang memilih perisian MapInfo Professional, PC ArcInfo/ArcInfo, ArcView, Erdas, ArcIMS, Avenue dan MapBasic sebagai perisian utama dalam perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Bahan rujukan ini mendedahkan secara praktikal kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan Agensi/Organisasi/Syarikat Perunding GIS dalam melaksanakan kerja-kerja penyediaan data GIS. Ia menyenaraikan secara terperinci kaedah penyediaan data digital GIS agar ia dapat difahami dengan mudah oleh para pembaca.
Para pembaca hanya perlu mengikuti setiap prosidur yang disenaraikan dalam laman web ini bagi membolehkan mereka menguasai bidang ini dalam masa yang singkat.
|