Geocoding

 

Proses Geocoding membolehkan pengguna memperbaiki atau memperbetulkan kesan erotan (distortion) imej iaitu dengan cara memasukkan kordinat-kodinat ukuran Ground Control Point (GCP).

 

Untuk melaksanakan proses ini pengguna perlu mendapatkan nilai-nilai kordinat GCP.

Kordinat GCP ini boleh diperolehi daripada sumber ukuran dipadang iaitu melalui kaedah pengukuran Global Positioning System (GPS) atau daripada kordinat peta topografi atau peta kadaster.

 

Pembaca juga perlu mempunyai kefahaman asas berkaitan pemilihan datum, unjuran (projection) dan jenis kordinate (coordinate system type) yang bersesuaian dengan imej yang digunakan.

 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diiikut dalam melaksanakan proses geocoding menggunakan perisian ERMapper.

 

1.  Klik pada butang Ortho and Geocoding seperti digambarkan di bawah.

 

Sebaik sahaja butang ini diklik, dialog Geocoding Wizard dipaparkan.

 

2. Klik pada butang Load Algorithm or Dataset dan masukkan fail yang dikehendaki untuk dilaksanakan proses geocoding.

Dalam ruangan Geocoding Type, check pada Polynomial seperti dipaparkan di atas.

 

3.  Seterusnya klik pada bahagian 2) Polynomial Setup dan check pada pilihan Quadratic.


4.  Seterusnya klik pada bahagian 3) GCP Setup. Klik pada butang Change dan buat perubahan pada ruangan Output Coordinate Space dengan nilai datum, projection dan coordinate type yang bersesuaian untuk imej baru yang akan dihasilkan.

 

5.      Seterusnya klik pada bahagian 4) GCP Edit. Pilih lokasi-lokasi GCP dan masukkan nilai-nilai kordinat GCP dengan menggunakan butan Add New GCP dalam ruangan Easting dan Northing sehingga selesai.

 

 

6. Semak nilai RMS yang bersesuaian dengan imej yang digunakan.

7.  Seterusnya klik pada bahagian 5) Rectify dan namakan fail baru dalam ruangan Output Info seperti digambarkan di bawah.

 

 

8.   Akhirnya, klik butang Save File and Start Rectification untuk menghasilkan satu fail baru proses geocoding ini.