Pengenalan Kepada Sistem Kordinat
Kordinat diperlukan
untuk menentukan kedudukan sesuatu objek di bumi
atau di angkasa
lepas (langit). Persoalannya dimanakah kedudukan kita di bumi?. Kedudukan sesuatu objek di bumi boleh
ditentukan berdasarkan nilai latitude (Φ) dan
longitude (λ). Contohnya kedudukan kordinat Kuala Lumpur secara kasarnya berada pada latitude 4° 20’ 7” N dan longitude 102°
42’ 50” E. Nilai kordinat ini seperti ini
dikenali sebagai Sistem Kordinat Ellipsoid
(Geodetic Coordinates) iaitu mengandungi
nilai latitude, longitude dan
nilai h (ketinggian
ellipsoid).
Oleh kerana bentuk permukaan bumi yang sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk model matematik, maka saintis telah mengambil
pendekatan dengan merujuk permukaan bumi kepada suatu
bentuk ellipsoid tertentu sebagai rujukan (datum). Oleh itu, bumi dimodelkan sebagai ellipsoid bagi memudahkan pengiraan matematik dan seterusnya diunjurkan kepada nilai pengukuran di atas permukaan
bumi.

Hubungkait nilai ketinggian bagi sistem geografi atau ellipsoid ini iaitu h, H dan N adalah seperti digambarkan di bawah.
