GotoGIS.com
Belajar GIS Dalam Talian
Your Online GIS Training WebSite
Latihan Perisian GIS
Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca khususnya kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari perisian MapInfo Professional secara Belajar dalam Talian.

Secara umumnya kos latihan untuk mempelajari sesebuah perisian GIS secara bersemuka dengan tenaga pengajarnya  yang mengambil masa 3 hingga 4 hari dan sekurang-kurangnya memerlukan belanja latihan antara RM500.00 hingga RM1500.00 bagi setiap peserta. Ianya mungkin lebih tinggi dari kos ini. Ternyata latihan dalam kelas memerlukan belanja yang agak tinggi dan belum pasti modul yang diajar dapat difahami dalam masa yang sebegitu singkat.

Belajar GIS Dalam Talian adalah ruang untuk pembaca mempelajari perisian MapInfo Professional secara dalam talian menerusi laman web www.gotogis.com. Pembaca mempunyai masa belajar yang fleksibel atau belajar mengikut kesesuaian dan kelapangan masa yang ada.

Bagi pembaca yang baru mengenali perisian MapInfo Professional adalah disarankan agar pembaca mengikuti modul-modul latihan yang disediakan seperti senaraikan di bawah ini. 

Pembaca boleh melayari modul-modul latihan tersebut dengan menjadi
Ahli Biasa GotoGIS.com.

Untuk menjadi Ahli Biasa GotoGIS.com, pembaca hanya perlu
mendaftar dengan memasukkan login, kata laluan dan email sahaja.

Sebagai Ahli Biasa GotoGIS.com, pembaca boleh melayari bahan rujukan GIS yang disediakan pada ruang
Kenali GIS, Latihan GIS, Tips Perisian GIS, Arkib/Berita GIS dan GIS Tutorial & Programming.
MapInfo Professional
Modul-modul latihan yang dikemukakan di bawah menyenaraikan pendekatan asas yang boleh digunakan dalam mempelajari perisian MapInfo Professsional.

Layari setiap modul bagi memudahkan anda menguasai perisian ini dalam masa yang singkat.
Modul Latihan GIS 1:
GotoGIS101
Pengenalan Kepada MapInfo Professional
Modul Latihan GIS 2:
GotoGIS201
Pendaftaran Titik Kawalan Peta/Pelan
GotoGIS202 Teknik Asas Pendigitan Peta
GotoGIS203 Membentuk Struktur Data Lapisan Peta Dan Kemasukan Data Atribut Peta
Modul Latihan GIS 3:
GotoGIS301
Membina Layout Untuk Cetakan Peta
GotoGIS302 Tips Penggunaan Perisian MapInfo Professional
MapBasic
MapBasic merupakan satu bahasa pengaturcaraan (programming language) yang membolehkan kita membangunkan modul-modul aplikasi GIS berdasarkan fungsi-fungsi MapInfo Professional mengikut kesesuaian pengguna.

Modul latihan yang dikemukakan ini mendedahkan pengetahuan asas dalam mempelajari perisian MapBasic.

Pembaca boleh mencuba menggunakan source code dan mengujilari fail mapbasic tersebut seperti disenaraikan dalam modul latihan ini.

Tip-tip atau contoh  pengaturcaraan perisian ini akan dimasukakan dalam modul latihan berikutnya dari semasa ke semasa.
Modul Latihan GIS 4:
GotoGIS401
Pengenalan Kepada MapBasic
Buku GIS Untuk Anda (hardcopy)
Pembaca juga boleh mendapatkan buku bertajuk
Penggunaan Perisian MapInfo Professional Dalam Kerja-kerja Pembangunan Data GIS. Bahan rujukan ini mengandungi 10 topik yang sesuai digunakan sebagai rujukan awal dalam mempelajari perisian MapInfo Professional. Pembaca boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan buku ini dengan klik disini. 


E-Book
Pembaca juga boleh membuat capaian kepada E-Book dengan menjadi
Ahli E-Book (Full Version). Untuk keterangan terperinci sila klik disini. E-Book bertajuk Cara Mudah Menguasai MapInfo Professional mengandungi 9 topik. Buat capaian kepada  E-Book (versi Demo) bagi mendapatkan gambaran terperinici bahan rujukan ini.


Untuk membuat
mendapatkan buku di atas sila klik disini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi e-mail : admin@gotogis.com