|
|
|
2.1.1 Butang “ToolBar” MapInfo Professional
Butang
“ToolBar” berfungsi untuk memberi kemudahan pengguna perisian ini dalam melaksanakan
pelbagai operasi perisian dan paparan maklumat mengikut keperluan mereka disamping penggunaan fungsi “Pull Down Menu” . Perisian ini menyediakan butang pilihan operasi perisian iaitu “ToolBar” dalam empat kumpulan utama iaitu “Tool”, ”Drawing”,
“Main” dan “Standard”. |
|
ToolBar Main
Sebahagian besar fungsi tool bar ini akan aktif
atau sedia untuk digunakan sebaik sahaja pembaca memaparkan peta. Antara fungsi utama toolbar ini adalah untuk
memilih ”features/drawing” bagi
tujuan pembetulan grafik peta (editing). Untuk mengawal paparan peta,pembaca boleh menggunakan fungsi fungsi Zoom In, Zoom Out dan Pan. Fungsi Info pula boleh
digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam tetingkap peta, tetingkap jadual dan tetingkap
graf. |
|
ToolBar Drawing
Fungsi Toolbar ini sering digunakan
sewaktu kerja-kerja pendigitan peta. Untuk mengaktifkan fungsi toolbar ini, pembaca perlu terlebih dahulu melalui proses mengaktifkan lapisan peta (Editable Layer). |
|
ToolBar Standard
Antara fungsi utama Toolbar ini adalah untuk
membolehkan pembaca menyimpan (save) kerja-kerja pembetulan grafik (editing), pendigitan peta dan kemasukan data atribut kedalam jadual atribut peta. Pembaca juga boleh menggunakan
fungsi Open
File bagi memaparkan grafik lapisan-lapisan peta dan jadual
atribut peta. |
|