MapInfo Professional

Perisian MapInfo Professional adalah merupakan salah sebuah perisian yang menjadi pilihan dan sering digunakan dalam perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) oleh agensi kerajaan mahupun swasta dewasa ini.

Perisian ini biasanya digunakan dalam untuk keperluan seperti berikut :

 

1.  Penyediaan lapisan peta digital yang melibatkan proses kerja seperti pendaftaran sistem

     kordinat, pendigitan dan kemasukan data.

2.  Pembentukan susunatur  dan cetakan peta.

 

Penggunaan Perisian MapInfo Professional oleh kebanyakan agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) membuktikan perisian ini mempunyai kelebihan tertentu berbanding dengan beberapa perisian GIS lain yang setanding dengannya.