Butang toolbar Drawing iaitu Polyline biasanya digunakan dalam kerja-kerja pendigitan peta. Penggunaan fungsi polyline akan
menghasilkan grafik peta dalam bentuk
garisan. Jika pendigitan ini
melibatkan lapisan peta dalam bentuk
poligon sebagai contoh pendigitan keatas lot-lot tanah, garisan pendigitan tersebut perlulah ditukarkan kepada bentuk poligon.
|
Polyline |
Paparan di bawah menunjukkan contoh garisan hasil daripada kerja-kerja pendigitan menggunakan fungsi polyline.
|
Pendigitan Menggunakan Fungsi Polyline |
Oleh kerana lapisan peta lot tanah adalah dalam
kategori lapisan poligon maka garisan
pendigitan di atas perlu ditukarkan
kedalam bentuk poligon dengan menggunakan menu Convert to Regions.
Menu Convert to Regions adalah sub menu kepada menu Objects.
|
Menu Convert to Regions Menu Convert to Polyline |
||||
|
|
Tekan Shift pada papan
kekunci (keyboard) dan pada masa yang sama klik
pada garisan lot 1, lot 2 dan lot 3 dengan menggunakan butang Select.
Hasilnya adalah seperti paparan di bawah.
|
3 2 1 |
Seterusnya klik pada
menu Objects dan sub menunya Convert
to Regions.
Hasilnya ialah lot dalam bentuk garisan
telah ditukar kepada bentuk poligon
seperti paparan di bawah.
|
Lapisan peta berbentuk poligon dihasilkan 1 2 3 |
Sebaliknya jika lapisan peta berbentuk
poligon di atas ingin ditukarkan
kepada bentuk garisan (Polyline), gunakan papan kekunci
Shift dan butang Select dan klik ketiga-tiga
poligon tersebut.
Seterusnya gunakan menu Objects dan klik
pada sub menunya Convert to Polyline. Hasilnya ketiga-tiga lot tersebut
ditukarkan kedalam bentuk garisan.