Di bawah ini dikemukakan dua kaedah bagi memotong
dan membuang sebahagian daripada poligon yang tidak diperlukan akibat daripada kesilapan yang dilakukan semasa kerja-kerja pendigitan iaitu menggunakan fungsi menu Erase dan fungsi menu Clean.
Kedua-dua menu ini adalah merupakan sebahagian daripada menu
Objects.
Objects
|
Clean Erase |
i. Menggunakan Fungsi Menu Erase
Paparan di bawah (bulatan) menunjukkan sebahagian daripada poligon yang perlu dibuang disebabkan
kesilapan dalam kerja-kerja pendigitan.
|
|
Untuk buang (delete) sebahagian daripada poligon tersebut langkah-langkah berikut perlu diikuti :
Klik pada poligon
sebelah kanan dengan menggunakan butang Select.
Seterusnya klik fungsi
pulldown menu Objects dan
sub-menunya Set Target .
Hasilnya adalah seperti dipaparkan di bawah.
|
Kawasan poligon
Set Target |
Masih menggunakan butang
Select, klik pada poligon sebelah kiri.
Hasilnya adalah seperti dipaparkan di bawah.
|
Poligon kiri |
Klik menu Object è Erase.
Seterusnya klik butang
OK pada dialog Data Disaggregation.
Hasilnya ialah sebahagian daripada poligon tersebut telah berjaya dibuang.
|
|
ii.
Menggunakan Fungsi Menu Clean
Paparan di bawah menunjukkan sebahagian daripada poligon yang perlu dibuang disebabkan kesilapan dalam kerja-kerja pendigitan. Kesilapan ini menunjukkan
garisan pendigitan sempadan poligon 3 telah melampaui sehingga ke dalam
poligon 2.
|
Kawasan poligon
yang perlu dibuang
(delete) 1 2 3 |
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuang
sebahagian daripada poligon 3 tersebut dengan menggunakan fungsi menu Clean.
Tekan Shift pada papan
kekunci (keyboard) dan pada masa yang sama klik
pada poligon lot 2 dan lot 3 dengan menggunakan butang Select.
Hasilnya adalah paparan seperti di bawah.
|
|
Seterusnya klik fungsi
pulldown menu Objects dan
sub-menunya Clean.. .
Hasilnya ialah dialog Clean Objects dipaparkan.
|
|
Pada ruangan Overlap Removal, klik check pada kotak Overlap
Removal.
Seterusnya klik Ok.
Hasilnya ialah kesilapan pendigitan bagi polygon 3 telah dibetulkan.
|
2 3 1 |
Selain daripada kesilapan pendigitan garisan poligon yang bertindih seperti ditunjukkan di atas, terdapat juga kesilapan yang lain seperti ruang kosong
(gap) antara poligon yang bersebelahan.
|
Kawasan gap yang perlu
dibetulkan 2 1 |
Wujudnya ruangan kosong
telah menyebabkan keluasan poligon 1 adalah kurang dari
luasnya yang sebenar.
Berikut adalah langkah-langkah
yang perlu diikuti untuk mendapatkan keluasan sebenar bagi poligon 1
:
Dapatkan anggaran keluasan ruang kosong dengan mendigit
kawasan tersebut menggunakan ToolBar Drawing iaitu fungsi Poligon.
Fungsi Poligon

Buat pendigitan keatas ruang kosong
tersebut.
Setelah selesai pendigitan, dapatkan nilai keluasan dengan klik sebanyak
dua kali dengan cepat pada ruang
kosong tersebut.
Contoh keluasan
yang diperolehi adalah seperti dipaparkan di bawah. Nilai keluasan ialah
413.4 meter persegi.
|
2 1 |
Setelah memperolehi nilai
keluasannya, buang (delete)
semula bahagian pendigitan bagi ruang kosong tersebut.
Seterusnya, tekan Shift pada papan kekunci
(keyboard) dan pada masa yang sama
klik pada poligon lot 1 dan lot 2
dengan menggunakan butang Select.
Hasilnya adalah paparan seperti di bawah.
|
2 1 |
Seterusnya klik fungsi
pulldown menu Objects dan
sub-menunya Clean.. .
Hasilnya ialah dialog Clean Objects dipaparkan.
|
|
Pada ruangan Gap Removal, klik check pada kotak Enable Gap
Removal. Taipkan nilai 414 dalam
bahagian Maximum
Gap Area. Ini kerana kita perlu
memasukkan nilai keluasan yang lebih besar daripada 413.4 meter persergi.
Pilih keluasan dalam unit Square
meters.
Klik Ok. Hasil paparan
pembetualan selisih ini adalah seperti
di bawah.
|
1 2 |