11.  Membina Layout Peta Bagi Tujuan Cetakan

 

Paparan peta, atribut, graf/chart/diagram dan grafik boleh dihantar cetak dengan mudah dengan menggunakan pulldown menu Window ==> New Layout Window..

 

Ulangi langkah 1 – langkah 2 sebelum ini seperti di bawah :

 

 

Langkah 1 :

Paparkan Peta dengan menggunakan pulldown menu File è Open.

Buat pilihan salah satu fail .tab yang disenaraikan.

Klik butang Open.

 

 

Langkah 2 :

 

Hasilnya ialah paparan peta pada tetingkap peta.

 

 

 

 

 

Untuk mengeluarkan jadual atribut peta tersebut,  klik pada butang “browser” pada toolbar Standard.

 

 

 

Sebaik sahaja butang “browser” diklik, sistem akan memaparkan Jadual Atribut bagi fail/lapisan data tersebut.

Langkah 3 :

Di skrin komputer pembaca kini terpapar satu tetingkap peta dan jadual atribut lapisan peta tersebut.

Untuk memasukkan kedua-dua jenis data ini ke dalam “Layout Petagunakan pulldown menu,

Windows ==> New Layout Window..  

 

 

 

 

Langkah 4 :

Seterusnya skrin komputer memaparkan dialog “New Layout Window”

Untuk memasukkan paparan peta dan jadual atribut kedalam tetingkap Layout (Layout Window), klik pada pilihan

“Frames for All Currently Open Windows”

dan klik butang “OK”.

 

Hasilnya ialah paparan tetingkap Layout

Pengguna boleh menggunakan fungsi “Drawing Tool” dan “Main Tool” untuk merekabentuk  susunatur peta dengan kreativiti sendiri.